Liew Daren satu-satunya wakil negara dalam perseorangan lelaki yang berjaya ke pusingan ketiga dalam Terbuka Swiss bagaimanapun disekat oleh jaguh China Chen Ji yang merupakan pilihan kelima kejohanan 21-17, 21-18.
Kem negara terus suram apabila beregu muda negara V-Shem- Kok Siang yang melakar kejutan terbesar apabila menewaskan beregu China Chai Biao - Guo Zhendong pilihan utama kejohanan pada pusingan ketiga.Bagaimanapun beregu negara terpaksa tunduk kepada beregu Indonesia Alvien Yulianto- Chandra Wijaya dengan tiga set 21-15, 12-21, 12-21 walaupun mereka berjaya menang set pertama tetapi tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan tersebut.
Malahan beregu campuran negara Peng Chong Chan dan Liu Ying Goh yang baru sahaja menduduki ranking ke 5 dunia tidak dapat membalas dendam kekalahan mereka di Kejohanan Seluruh England kepada beregu Indonesia Tantowi Ahmad dan Liyana Natsir. Beregu negara tewas dengan tiga set 21-19, 18-21, 25-23 kepada pilihan utama kejohanan di suku akhir.
No comments:
Post a Comment