Sunday, 17 March 2013
Jaguh Tenis: Nadal bertemu Del Potro di final
Rafael Nadal cemerlang di perlawanan pertama ATP di India Wells apabila melangkah ke perlawanan akhir selepas mudah mengenepikan Tomas Berdacyh 6-4 6-2 di separuh akhir.
Bintang Sepanyol Nadal yang masih belum sembuh sepenuhnya membuktikan dirinya bersedia untuk kembali semula dalam arena tenis selepas berehat lapan bulan tahun lalu akibat kecederaan. Dalam perlawanan klasik antara dua pemain tenis terbaik dunia antara Nadal dan Roger Federer.
Federer yang turun selaku juara bertahan dalam perlawanan ini tidak mampu menghalang kebangkitan Nadal apabila tumpas dengan straight-set 6-5 6-3 merupakan kegagalan kedua bintang Swiss untuk mempertahan kejuaraan selepas di Kejohanan Tenis Dubai.
Dalam separuh akhir kedua bintang Argentina Del Potro meleburkan rekod kemenangan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic yang bangkit daripada set pertama untuk menang 4-6 6-4 6-4 untuk ke perlawanan akhir menentang Rafael Nadal.
Bintang Serbia Djokovic yang cemerlang dengan rekod kemenangan 21-0 pada tahun lalu sehingga merangkul dua gelaran pada tahun ini di Kejohanan Tenis Grand Slam Australia dan Dubai gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas mengejut kepada pemain nombor tujuh dunia, Del Potro.
Pemain berusia 26 tahun Del Potro cemerlang dalam di Kejohanan India Wells apabila berjaya menumpaskan dua pemain terbaik dunia sebelum ini menewaskan pemain nombor tiga dunia Andy Murray 4-6 7-6 6-3 di suku akhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment