Tuesday, 20 August 2013

Jaguh Tenis; Azarenka meraih hadiah hari jadi yang bermakna di Cinninianti

Victoria Azarenka bangkit daripada tewas set pertama untuk menang dua set berikutnya menundukkan pemain nombor satu dunia Serena William 6-2 2-6 7-6 dalam masa dua jam 29 minit untuk merangkul kejuaraan pertama di Cinnianti Ohio.

Pemain nombor dua dunia Azarenka berjaya menebus kekecewaan apabila tewas di perlawanan akhir di California kepada pemain Australia Samanta Stosur sekaligus menebus hadiah ulang tahun ke-24 yang cukup bermakna kepada dirinya sebelum kejohanan Tenis terbuka Amerika Syarikat dua minggu lagi.

Dalam set pertama ternyata William mendominasi permainan dibantu dengan kesilapan lawannya Azarenka melakukan beberapa kesalahan servis memberi kemenangan yang mudah tetapi berbeza di set kedua pemain Belarus Azarenka mengubah rentak permainan yang memberi kesan yang positif apabila William agak bergelut dalam permainannya diambil peluang sebaikknya oleh Azarenka. Malahan Serena juga banyak membuat kesilapan sendiri dalam set kedua memberi inspirasi kepada Vikka untuk menang dengan mata yang sama 6-2 untuk kejuaraan ditentukan di set ketiga.

Pada set penentuan kedua pemain terbaik dunia Azarenka dan Serena ber
main lebih kemas untuk mengelak memberi mata kepada pihak lawan. Pemain Belarus Azarenka akhirnya berjaya merampas set ketiga Serena sekaligus membuka peluang untuk merangkul kejuaraan tetapi gagal dimanfaatkan oleh Azarenka apabila memberi tiga set berturut-turut  kepada Serena untuk mengikat mata dan mempimpin perlawanan.

Namun begitu, pemain utama Amerika Syarikat Serena pula tidak dapat menutup terus perlawanan untuk meraih gelaran kelapan apabila memberi mata kepada Azarenka. Azarenka tidak ingin mengulangi kesilapan yang sama apabila mendahului Serena dengan selesa dan hampir meraih gelaran US gagal menghabiskan perlawanan apabila memberi mata mudah kepada Serena untuk merangkul kejuaraan US tahun lalu.

Selepas Azarenka dan Serena terikat 6-6 perlawanan terpaksa ditentukan dengan tie-break. Dalam tie-break Azarenka mendahului 4-1 tetapi disamakan kedudukan oleh Serena untuk membuka semula perlawanan . Serena sekali lagi diberi peluang untuk mendapatkan mata penamat selepas Azarenka membuat kesilapan turut gagal biarpun gagal terbuka luas yang disudahi dengan pukulan keluar sekaligus memberi kelegaan kepada Azarenka 6-6 . Azarenka memastikan gelaran Cinnianti menjadi miliknya selepas Serena memukul bola kepada jaringan.

No comments:

Post a Comment