Thursday, 31 January 2013
Bola Sepak: Perlawanan klasik Real Madrid dan Barcelona terikat seri dalam separuh akhir pertama
Pertemuan klasik antara Real Madrid dan Barcelona berakhir dengan seri pada separuh akhir pertama Piala Copa Ray di stadium Bernabeau.
Namun begitu, pasukan pelawat terlebih dahulu memperoleh jaringan awal hasil kesilapan pertahanan lawan memboleh Fabrengas merempat gol perbukaan Barcelona pada minit ke 50 masa kedua.
Sikap tidak berputus asa Real Madrid akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang Modrid disambut baik dengan tandukan padu oleh Vantage pemain pertahanan menyelamatkan pasukannya daripada tewas pada perlawanan separuh akhir pertama.
Pada pagi semalam turut menyaksikan pertembungan dua penyerang terbaik dua Cristiano Ronaldo dan Messi yang memainkan peranan penting dalam kedua-dua pasukan. Walau bagaimanapun harapan peminat bola sepak untuk melihat kedua-dua pemain menjaringkan gol hampa apabila beberapa peluang terhidang tidak dapat disudahkan dengan jaringan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua di di Nou Camp untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir Piala Copa Ray.
Tenis : Djokovic dan Azarenka mempertahakan gelaran Grand Slam di Australia
Bintang Belarus Victoria Azrenka bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk memenangi dua set
berikutnya 4-6 6-4 6-3 kepada pemain utama China Li Na untuk mengekalkan kejuaraan kali ke dunia Grand Slam di Australia.
Kemenangan bintang 23 tahun ini sekaligus dapat mengekalkan gelaran pemain nombor satu, sekirannya beliau tewas dalam perlawanan akhir kepada Li Na takhta nombor satu akan diambil alih oleh Serena William dari Amerika Syarikat.
Malam terdapat pelbagai drama di sajikan oleh kedua pemain antarannya babak-babak kecederaan bintang China Lina, masa rawatan dan sambutan bunga api untuk menyambut perayaaan negara Australia mewarnai perlawanan akhir tenis wanita.
'' Emosi ini sukar dibendung dan sesuatu yang indah dapat melalui sekali lagi dalam perlawanan malam ini,'',
Namun begitu kemenangan ini tidak mudah kepada Vicka, sebelum turun ke gelangggang beliau tercalit dengan kontroversi apabila mengambil masa 10 minit untuk rawatan akibat kesukaran bernafas dan apabila kembali semula ke gelangggang seterusnya berjaya memenangi perlawanan menewaskan bintang sensasi Amerika Syarikat Sloane Stephen 6-1,6-4.
Kemenangan Azrenkha kedua kali berturut-turut di Grand Slam telah membaris dirinya bersama dengan bintang tenis lain seperti Serena William (7) Maria Sharapova (4) Martina Hingis dll yang memenangi pelbagai gelaran dalam sukan tenis.

Bintang muda Serbia 23, ini telah memenangi enam gelaran Grand Slam membaris namanya dengan bintang tenis lain seperti Roger Federer (4) Rafeal Nadal (6) Andre Aggasi (5) Pete Sampras (7) dll.
" Kemenangan ini sangat bermakna dan gelanggang ini ternyata memberi tuah kepada saya dan berharap pada masa akan datang akan memenangi lagi pada masa hadapan,''katanya ketika perlawanan akhir.
Subscribe to:
Posts (Atom)