Brazil membuktikan di kejohanan dunia satu permulaan awal untuk mempertahankan pingat emas yang akan berlangsung di tanah air mereka pada 2016 Rio Brazil. Brazil yang menurunkan barisan terbaik pada perlawanan akhir ternyata membuahkan hasil apabila mudahmana memenangi set pertama biarpun mendapat sedikit tentang dalam set kedua dan ketiga daripada pasukan China tetapi tidak cukup untuk mengoyahkan pasukan Amerika Selatan.
Pasukan China terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas akur dengan kehebatan Brazil

Dalam perlawanan lain Serbia bangkit daripada kekalahan untuk menewaskan Itali 3-2 bagi memperolehi tempat ketiga manakala Itali tempat keempat selepas Jepun gagal memanfaatkan bermain di depan penyokong sendiri apabila terpaksa tunduk kepada juara dunia tahun lepas 3-2 dalam perlawanan yang penuh dramatik.
No comments:
Post a Comment