Tuesday, 3 September 2013

Jaguh Tenis Terbuka US: Makarova kejutkan Makarova

Ekarina Makarova mengejutkan pilihan ketiga Agieska Radwaska apabila menang straight-set 6-4 -6-4 untuk melangkah ke pusingan keempat di kejohanan tenis terbuka US.

Pemain nombor 24 dunia Makarova bangkit daripada ketinggalan 4-0 kepada Radwaska sebelum menyamakan mata 4-4 sekaligus memenangi set pertama selepas berjaya merampas set lawan.

Dalam set kedua, bintang Poland bermula dengan agak buruk apabila memberi set pembukaan kepada Makarova 2-0 tetapi kembali berada dalam persaingan apabila sekali lagi berjaya mengikat mata 2-2.
Radwaska yang bergelut dalam set pertama sekali lagi membuat kesilapan ketiga kedua-dua pemain terikat 4-4 sebelum memberi mata yang berharga kepada pihak lawan untuk menamatkan perlawanan ini.

Makarova tidak mengsia-siakan peluang ketiga untuk menamatkan perlawanan selepas kedua-dua terikat 40-40 akhirnya kesilapan pemain nombor empat dua Radwaska memberi kemenangan yang bermakna.

Bagi Radwaska ini merupakan kegagalan untuk mara dalam kelompok ke-16 pemain terbaik di kejohanan tenis terbuka US selepas beraksi cemerlang dalam kejohanan utama pada tahun ini.

Bagi pemain-pemain yang lain Serena dan Li Na mudah mengenepikan lawan masing-masing di peringkat ketiga untuk mara ke peringkat seterusnya.

No comments:

Post a Comment