Saturday, 31 August 2013

Jaguh Bola Tampar ; Brazil dan China mengekalkan kemenangan bersih

Juara olimpik Brazil membuktikan kehebatan apabila mudah membenam Serbia 3-0 ( 27-25 25-19 25-22 sekaligus mengekalkan kemenangan bersih mereka dalam peringkat kumpulan akan berhadapan dengan pasukan China di perlawanan akhir untuk menentukan kejuaraan Grand Print akhir di Hokkaido, Jepun.

Brazil diberi tentangan yang sengit pada set pertama apabila kedua-dua pasukan saling berkejaran mata sebelum kemenangan memihak kepada pasukan Amerika Selatan itu apabila terlebih dahulu menjumpai mata kemenangan 27-25

Dalam dua set berikutnya Brazil ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila tidak menghadapi untuk mencatatkan kemenangan.

Dalam perlawanan lain, China turut mengekalkan rentak kemenangan apabila mengecewakan pasukan tuan rumah Jepun 3-2 dalam perlawanan yang penuh debaran dan menarik daripada kedua-dua jaguh Asia.

Pada set pertama China tidak mempunyai masalah mendapatkan mata pertama tetapi gagal mengekalkan rentak pada set kedua apabila Jepun berjaya mencuri mata yang berharga dengan kemenangan tersebut.
China sekali lagi mendahului pasukan tuan rumah dan  Jepun menafikan kemenangan awal tembok besar China apabila berjaya merampas set keempat untuk mengikat 2-2 bagi mengheret ke set penentuan.

Dalam set penentuan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata dan nasib menyebelahi  China apabila berjaya memperolehi mata kemenangan dalam
perlawanan tersebut.

Bagi negara Matahari terbit ini merupakan kekalahan yang ketiga mereka dalam peringkat kumpulan akan bertemu Amerika Syarikat di perlawanan akhir pada hari ini.

No comments:

Post a Comment