Saturday, 31 August 2013

Jaguh Bola Tampar: Kemenangan dramatik Itali


Pasukan bola tampar wanita Itali akhirnya memperolehi kemenangan yang pertama dengan dramatik apabila bangkit untuk mengecewakan Amerika Syarikat 3-2.

Kedua-dua pasukan terdesak memperolehi kemenangan yang pertama bermain dengan penuh semangat tetapi nasib memihak kepada pasukan Itali apabila menjumpai dahulu mata kemenangan setelah terikat 2-2 biarpun Amerika Syarikat hanya perlu mencari satu mata untuk mencatatkan kemenangan sulung mereka dalam kejohanan Grand Prix.

Kemenangan ini sangat berharga kepada Itali setelah kecundang tiga kali sebelum ini berbeza pula kepada pasukan bola tampar Amerika yang terus gagal mencari kemenangan pertama kini menduduki tangga tercorot .

No comments:

Post a Comment