Tuesday, 3 September 2013

Jaguh Tenis Terbuka US: Federer kalah lagi

Pemenang 17 kali Grand Slam Roger Federer gagal lagi
apabila dikejutkan pemain Sepanyol Rodbreddo straight-set 7-6 6-4 6-3 di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.

Federer yang mendapat kritikan yang hebat daripada peminat tenis ternyata gagal beraksi cemerlang biarpun perlawanan terpaksa bermula lewat selepas tertangguh 4 jam akibat hujan lebat. Federer pada mulanya berjaya merampas set pihak lawan tetapi gagal memanfaat apabila membuat kesilapan yang membolehkan Rodbreddo menyamaakan kedudukan kembali . Kedua-dua pemain terikat 6-6 untuk  mengheret perlawanan di tie-break yang lebih memihak kepada pemain Sepanyol Rodbreddo.

Dalam set kedua dan ketiga Federer seperti hilang fokus apabila membuat kesilapan mudah yang memberi peluang kepada Radbreddo menang untuk mendahului 2-0. Bintang Swiss Federer cuba bangkit tetapi dinafikan  oleh Redbreddo sekaligus kemenangan yang pertama ke atas Federer dalam 11 pertemuaan mereka.

Bagi Federer ini merupakan prestasi yang terburuk sepanjang karier apabila gagal mara ke pusingan keempat dan kejatuhan pada ranking ketujuh dunia sekaligus gagal menjadi pemain pilihan dalam tiga pemain terbaik buat kali pertama dalam kejohanan grand slam.

Sekaligus prestasi Federer menjadi tanda tanya peminatnya  tentang masa hadapan pemain berusia 32 tahun yang mungkin tidak memihak kepadanya lagi . Umur sering dibahaskan oleh peminat tenis menyebabkan Federer semakin hilang sengat dalam permainan biarpun berhadapan dengan pemain kurang ternama.

Dalam perlawanan lain Rafael Nadal menepati pilihan apabila berjaya melangkah ke pusingan keempat. Namun begitu Nadal akan bertemu dengan rakan senegaranya di pusingan keempat selepas keinginan untuk bertemu dengan Federer tidak kesampaian selepas bintang Swiss kecundang.

Dalam perlawanan lain pemain nombor satu dan dua dunia Novak Djokovic dan Andy Murray tidak menghadapi masalah melepasi pusingan ketiga.


No comments:

Post a Comment