Bintang sensasi China Li Na terpaksa berhempas pulas menumpaskan pemain Russia Ekarina Makarova dalam tiga set 6-4 7-6 6-2 sebelum melangkah ke suku akhir sebagai pemain pertama mara ke suku akhir di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Pada set pertama Li Na bermula baik apabila mendahului Makarova 4-0 tetapi gagal mencari dua set terakhir apabila membuat kesilapan apabila memberi dua set kepada pihak lawan untuk mengikat 4-4. Li Na memastikan set pertama menjadi miliknnya. Li Na sekali lagi gagal memanfaatkan peluang apabila berada dihadapan sebelum disamakan kedudukan oleh Makarova sekaligus perlawanan diheret ke tie-break yang memihak kepada Makarova untuk perlawanan ini ditentukan di set penentuan.
Dalam set ketiga Li Na sekali lagi berada dihadapan pihak lawan dan pada kali ini pemain berusia 30 tahun tidak membuat kesilapan seperti set pertama dan kedua apabila memastikan kemaraan dalam kejohanan terbuka US.
Pemain nombor satu dunia, Serena William tidak menghadapi masalah untuk ke suku akhir apabila menundukkan pemain Sepanyol Suanez 6-0 6-0 akan berhadapan Li Na di suku akhir.
No comments:
Post a Comment