
Dalam set pertama kedua-dua pemain bergelut dengan servis dan permainan masing-masing dalam mendapatkan mata tetapi nasib lebih memihak kepada Azarenka apabila berjaya menang set pertama. Bekas pemain nombor satu dunia meneruskan kecemerlangan apabila memastikan kemaraan yang kedua di perlawanan akhir di kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.
Dalam separuh akhir pertama pemain berusia 31 tahun Pennneta menguasai permainan berbanding pemain nombor dua Vikka tetapi gagal menggunakan kelebihan tersebut apabila banyak membuat kesilapan yang memisahkan kedua-dua pemain dalam perlawanan tersebut.
Dalam separuh akhir kedua Serena William tidak menghadapi masalah mengenepikan bintang utama China Li Na 6-0 6-3 untuk melangkah ke perlawanan akhir pada hari Ahad.
Li Na ternyata gagal menyayangi juara 17 kali grand Slam terutamanya pada set pertama apabila gagal mendapatkan satu set daripada Serena. Pemain 31 tahun Li Na bermula baik pada set kedua apabila berjaya break point set Serena tetapi gagal mengambil kesempatan apabila kerap membuat kesalahan mudah yang membolehkan Serena mengikat mata seterusnya memenagi perlawanan tersebut.
No comments:
Post a Comment