Sunday, 8 September 2013
Jaguh Tenis Terbuka US: Azarenka ingin menebus kejuaraan dan Serena mahu gelaran ke-18 Grand Slam
Pemain nombor dua dunia Victoria Azarenka akan menentang Serena William lagi di perlawanan akhir di kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat untuk menentukan kejuaraan pada hari Ahad nanti.
Kedua-dua pemain akan turun dengan misi berbeza bagi Serena kemenangan akan merangkul gelaran ke-18 Grand Slam manakala Azarenka mahu gelaran pertama US sekaligus menebus kekecewaan pada tahun lalu.
Selepas perjalanan yang panjang bagi pemain berusia 23 tahun Azarenka apabila terpaksa dua kali bangkit semasa bertemu dengan pemain nombor 27 dunia Alize Cornet bekas pemain nombor satu dunia Ana Ivanovic sebelum menang untuk teruskan impian untuk ke perlawanan terakhir di kejohanan tenis di Terbuka Amerika Syarikat.
Namun begitu, berbeza bagi juara 17 kali grand Slam Serena apabila mudah ke perlawanan akhir dengan rekod bersih menang straight-set dalam semua perlawanan sekaligus memberi amaran awal untuk merangkul kejuaraan ke-18.
Bagi Azarenka masih jelas di ingatannya apabila hampir memperolehi gelaran Grand Slam US apabila memerlukan satu set sahaja untuk merealisasikan impiannya setelah mendahului 5-1 tetapi dinafikan oleh Serena William yang berjaya mengejar dan mengikat mata 5-5 sekaligus memperolehi mata kejuaraan.
Namun pada tahun ini, Azarenka nampak lebih bersedia apabila berjaya menang dua kali ke atas Serena sekaligus memberi keyakinan kepada pemain Belarus untuk berhadapan dengan pemain nombor satu dunia Willam digelaggang yang sama mengecewakannya pada tahun lalu.
Biarpun rekod memihak kepada Serena dalam 12 pertemuan mereka dan tiga sahaja dimenangi Azarenka tidak boleh menjadi ukuran kerana prestasi semasa akan menjadi penentu kepada kemenangan dalam perlawanan akhir nanti
Yang menjadi persoalan adalah cerita yang sama akan berulang Serena kejuaraan ke-18 sekaligus mencipta sejarah menjadi pemain tertua memenagi Grand Slam pada usia 33 tahun atau Azarenka akan menafikan gelaran tersebut untuk menebus kekecewaan pada tahun lalu akan terjawab pada perlawanan akhir nanti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment