Sunday, 8 September 2013

Jaguh Tenis US: Djokovic bangkit untuk mara ke perlawanan akhir

Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dua kali bangkit sebelum berjaya menewaskan pemain ke-10 dunia Staniska Wawrinka 7-6 6-3 6-4 2-6 3-6 dalam masa perlawanan yang berlangsung 4 jam 10 minit di gelanggang tenis Arthur Ashe untuk melangkah ke perlawanan akhir dalam kejohanan tenis terbuka Amerika Syarikat.


Djokovic dikejutkan pemain berusia 28 tahun Wawrinka apabila tewas set pertama sebelum menyamakan kedudukan 1-1 setelah menang set kedua yang terpaksa ditentukan di tie-break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6.

Dalam set ketiga Wawrinka sekali lagi mendahuhui Djokovic apabila mempamerkan permainan yang menakjubkan untuk menang set ketiga tetapi gagal mencari mata berharga pada set keempat apabila pemain Serbia Djokovic mempertingkatkan permainan dan semangat juang yang tinggi akhir berjaya mencari mata sangat penting untuk mengheret ke set penentuan.

Dalam set terakhir Djokovic terpaksa menggunakan segala pengalamannnya untuk menumpaskan Wawrinka akhirnya berjaya memperolehi mata kemenangan selepas berkerja keras di separuh akhir .

Wawrinka yang mengejutkan pemain nombor empat dunia David Federer dan melakar kejutan terbesar apabila menumbangkan juara tahun lalu Andy Murray straight set di suku akhir terpaksa akur dengan kehebatan juara dua kali Grand Slam Australia Djokovic biarpun menguasai perlawanan  hanya air mata sahaja dapat mengambarkan kekecewaan pemain Switzeland Wawrinka apabila gagal ke perlawanan akhir  .

Bagi Djokovic ini merupakan permainan yang berkelas tinggi yang dipamerkan dalam kejohanan tenis di US dan pemain berusia 25 tahun ini turut memberi kredit kepada Wawrinka yang memberi tentangan sengit kepadanya sehingga ke set penentuan


Dalam perlawanan separuh akhir kedua Rafael Nadal menang straight-set 6-2 7-6 6-3 ke atas qasuet untuk bertemu Novak Djokovic di perlawanan akhir .

No comments:

Post a Comment