Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic ternyata unggul apabila mudah menewaskan Andy Murray 6-0,
7-6 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Miami Amerika Syarikat.
Novak akhirnya menamatkan badi kekalahan dalam beberapa perlawanan sebelum apabila merangkul kejuaraan kedua dalam tahun ini selepas Kejohanan Grand Slam di Australia.
Pada set pertama Djokovic mempamerkan permainan yang menakjubkan apabila tidak memberi peluang kepada lawannya memperoleh sebarang mata. Malahan servis daripada pemain empat dunia Andy Murray pula dapat dibalas oleh Djokovic.

Dalam bahagian wanita pula, Radswakha mengejutkan pemain pilihan Maria Sharapova 6-3, 6-5 untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Terbuka Miami.
Pemain keempat dunia Radswaka berjaya menyerap segala tekanan pada awal perlawanan apabila mudah membuat kesilapan sebelum bangkit dalam beberapa set untuk menang bergaya dalam set pertama.
Dalam set kedua Radswada tidak memberi peluang kepada Sharapova untuk bangkit untuk mengikat perlawnaan apabila menggunakan kelebihan pukulan yang pantas untuk memastikan gelaran juara miliknya.
Sharapova pula meneruskan kemarau tanpa sebarang kejuaraan pada tahun ini apabila sekadar menjadi naib juara dalam beberapa kejohanan.
Dalam Kejohanan Tenis Terbuka Miami beberapa pemain terbaik dunia tewas mengejut pada peringkat awal seperti Roger Federer, Azarenka, Li Na dll.
No comments:
Post a Comment