Saturday, 2 February 2013
BOLA SEPAK: Harimau Malaya mudah dijinakan Iran
Harimau Malaya mudah dijinakan oleh pasukan Iran 3-0 dalam perlawanan persahabatan malam tadi di stadium bukit Jalil sekaligus mencetuskan kegusaran peminat bola sepak apabila bakal bertemu dengan Qatar pada Rabu ini dalam kempen kelayakan Kumpulan D Piala Asia di Doha.
Pada babak pertama, pasukan bimbingan Rajagopal telah ketinggalan dengan dua gol hasil ledakan Alaa Abdul Zahra seawal minit ke-15 sebelum Muhannad Abdulrahim menambah gol kedua minit ke-38.
Malahan dalam separuh masa kedua skuad negara masih buntu mencari jaringan dan bertambah parah apabila pasukan Iran menambahkan gol ketiga hasil rembatan Ismail Durgham pada minit ke- 66.
Kali terakhir Harimau Malaya bertemu dengan Iran pada 2006 turus tewas 0-4, kekalahan ini akan menimbulkan keresahan kepada jurulatih negara, Rajagopal kerana skuadnya akan bertemu Qatar ranking yang lebih rendah daripada Iran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment