Saturday, 2 February 2013

BOLA SEPAK: Teka-teki Balotelli terjawab apabila disahkan ke AC Milan

Penyerang kontroversi Manchester City Mario Balotelli akhirnya  disahkan akan ke AC Milan menamatkan desas-desus dengan kelab itu tahun lepas apabila telah menandatangani empat tahun setengah dengan nilai perpindahan £17m.

Isu perpindahan penyerang muda dari Itali ini bertiup kencang apabila beliau telah bertengkar dengan pengurus MC, Roberto Mancini semasa latihan tahun lalu tetapi dinafikan  oleh pihak pengurusan MC. Malahan pemain ini juga pernah bergeser dengan rakan sepermainan dalam padang.

Pemain yang diberi jolokan 'pemain nakal' sepanjang bersama dengan MC pada tahun 2010 telah membuat penampilan sebanyak 80 kali dengan pasukan MC dan menjaringkan 30 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang muda berusia 22 tahun ini tampil buat kali terakhir dalam jamuan makan malam di London bersama rakan sepasukan sebelum Manchester City menentang Queens Park Ranger.

'' MC sebuah kelab yang istimewa  akan sentiasa dalam hati saya, terima kasih kepada peminat yang banyak menyokong  dan rakan sepasukan,''katanya dalam laman web Manchester City.






No comments:

Post a Comment