Pelumba Astana Andrea Guardini akhirnya menamatkan kemarau lima peringkat tanpa kemenangan apabila terlebih dahulu mencecah garisan penamat untuk muncul juara pada peringkat keenam menewaskan Francesco Chicci yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga pelumba OGE Kruopis.Aidis.
Kemenangan ini ternyata berharga kepada Guardini setelah gagal dalam peringkat sebelum ini sekaligus menjarakkan mata dengan pelumba Baku, Anuar Manan kepada 72 mata. Malahan Guardini merupakan juara bertahan dalam raja pecut untuk dua edisi iaitu pada 2011 dan 2012.
Pada peringkat keenam pelumbaan bermula di Kuantan dan berakhir di Dungun sejauh 149.8 km dalam suasana mendung dan hujan renyai-renyai membuatkan kayuhan semua pelumba pada peringkat keenam agak perlahan. Dalam peringkat ini terdapat tiga zon pecutan dan dua zon pendakian. Pada zon pecutan pertama dan kedua di Chukai dan Kerteh serta dua zon pendakian menjadi milik dua pelumba OGE, T Meyer yang berjaya meraih kemenangan untuk mengumpul mata penuh manakala tempat kedua pula milik pelumba Eurocar Gautier,C.
Bagi tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik dua pelumba Malaysia iaitu Harrif Salleh dan Anuar Manan.
Pada zon pecutan terakhir di Paka Anuar Manan memastikan memperolehi 5 mata meninggalkan pelumba PPO di tempat kedua Richeze,M dan Peter. Weening di tempat ketiga. Kejayaan Anuar Manan yang mewakili pasukan BAKU mengumpul mata di tiga zon pecutan membolehkannya merapatkan jurang mata dengan pemegangan jersi biru A.Guardini yang kini hanya ketinggalan tujuh mata.
Dalam perebutan jersi masih lagi pelumba yang sama di atas podium dengan jersi kuning milik Julian Arrendo dari pasukan Nippo de Rosa, jersi biru untuk raja pecut dipegang oleh A.Guardini dan jersi Asia dan Raja Bukit pula masih kukuh menjadi milik pelumba Hengxiang,Wang Meiyin.
No comments:
Post a Comment