Pemain Belarus menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menumpaskan pilihan empat Aganiska Radwaska di perlawanan separuh akhir pertama semalam 6-3 6-3 di stadium Khalifah.
Azarenka yang merupakan juara bertahan tahun lalu kini dalam misi untuk mempertahankan gelaran pemain nombor satu dunia seakan mendapat momentum baru dalam perlawanan separuh akhir dengan permainan yang bertenaga dipamerkan oleh pemain berusia 23 tahun ini.
Dalam separuh akhir kedua Serena William tidak mengalami masalah mengenepikan pemain pilihan ketiga dunia Maria Sharapova 6-3 6-2 untuk menempah tiket akhir bertemu pemain nombor satu dunia Azarenka di perlawanan akhir.
Mengikut rekod kedua-dua pemain Serena William unggul dengan menang 11 perlawanan berbanding pemain nombor satu dunia Azarenka yang hanya menang satu perlawanan sahaja dengan pemain Amerika Syarikat ini. Namun ini semua hanya ramalan awal di atas kertas sebelum kedua-dua pemain turun ke gelanggang.
Namun begitu, penulis berharap pemain 23 tahun, Azarenka akan lebih bersedia untuk bertemu dengan Serena William pada kali ini dan semua peminat tenis di dunia ingin melihat satu perlawanan yang berkualiti daripada kedua-dua pemain terbaik dunia ini di perlawanan akhir di Qatar.
Malahan takha nombor satu juga menjadi rebutan kedua-dua pemain malam ini dan semoga pemain yang terbaik layak mendapat gelaran tersebut.
No comments:
Post a Comment