Tina Baeum ingin merangkul gelaran ketiga All England selepas bertungkus-lumus menewaskan pemain muda Korea Sang baek dalam tiga set 24-22,19-21,21-19 sebelum melangkah ke peringkat akhir.
Pada set pertama pemain nombor lima dunia sang Baek bermula dengan baik apabila berjaya mendahui Tina Baem yang kelihatan sedikit beremosi dalam permainan bagi penampilan terakhir dalam kejohanan tertua ini. Namun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh pemain Korea yang agak selesa dihadapan lawan membawa padah apabila Tina berjaya mengutip mata demi mata sehingga berjaya mengikat mata 20-20 sebelum dimenangi oleh pemain Denmark.
Skrip yang sama berulang dalam set kedua apabila kali ini Tina Baem pula mendahului Sang Baek tetapi tidak gagal mengekalkan momentum sehingga pemain Korea berjaya mengikat mata 18-18 sekaligus menang 21-18 untuk membawa ke set penentuan
Dalam set penentuan kedua-dua pemain lebih berhati-hati dalam permainan dan saling mengejar mata hingga Tina terlebih dahulu menjumpai mata ke-11 untuk berehat seketika bagi mendapat tip daripada jurulatih masing-masing. Permainan bersambung Sang Baeuk memperkemaskan permainan hingga memberi tekanan kepada Tina apabila berjaya mengikat mata 15-15. Daripada mata 15 kedua-dua pemain saling bergilir mendapat mata hingga pukulan Baeuk terkandas sekaligus memberi kemenangan berharga kepada pemain Denmark Tina
No comments:
Post a Comment