Monday, 18 March 2013

Jaguh Bola Sepak: Malaysia mudah di tundukan Arab Saudi


Arab Saudi  menewaskan Malaysia 4-1 dalam perlawananan persahabatan yang berlangsung di stadium Shah Alam semalam.

Negara Timur Tengah telah membuka tirai pada minit ke-7 oleh Yousef Al Salem dan penyerang Yahya Al-Shelri menambah parah skuad negara dengan gol kedua untuk kekal dihadapan pada separuh masa pertama. Dalam babak kedua Malaysia berjaya memperolehi gol pertama hasil umpanan cantik Manaf Mamat yang dirembat kencang oleh pemain tengah Safiq Rahim tetapi Arab Saudi terus meranapkan impian pasukan negara dengan gol ketiga Naif Hazazi dan Hamdan Al- Hamdan turut mencipta nama sebagai penjaring sekaligus melengkapkan malam gemilang pasukan bimbingan Lopez Caro.

Ini merupakan kekalahan kedua pasukan negara dalam perlawanan persahabatan sebelum ini kecundang kepada pasukan Iraq 0-3. Jurulatih negara Rajagopal menjadikan perlawanan persahabatan Malaysia dengan AraB Saudi sebagai medan eksperimen dalam memilih pemain yang layak menyarung jersi Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Doha..

Malaysia akan berhadapan dengan wakil Timur Tengah Yemen dalam kumpulan D pada hari Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment