Jaguh-jaguh badminton China terus kuasai kejohanan badminton Asia di China Taipei apabila tujuh pemain tembok besar China beraksi di perlawanan akhir.
Pesta tembok besar China dimulai dengan perseorangan lelaki yang menemukan dua jaguh China antara Du Peng Yu dan Chen Long dipentas akhir. Namun begitu, Du Peng Yu mencipta kejutan apabila berjaya mengatasi rakan senegara Chen Long 21-17 22-20 yang merupakan pilihan utama perlawanan kini menduduki ranking kedua dunia untuk muncul juara di Kejohanan badminton Asia di China Taipei.
Begitu juga dalam perseorangan wanita yang menemukan dua jaguh terbaik dunia pilihan pertama dan kedua dunia. Wang Yihan membuktikan kehebatan mengatasi senegara Li Xearui 21-15-21-13 untuk menjulang kejuaraan Asia kali ketiga. Namun begitu, bekas pemain nombor satu dunia, Wang Yihan terpaksa berhempas-pulas sebelum menang terutamannya pada set pertama apabila kedua-dua pemain saling berkejar mata sehingga Wang Yihan terlebih dahulu menjumpai mata ke-11 untuk berehat seketika. Li Xearui terus memberi tekanan kepada rakan senegara Wang Yihan tetapi pemain nombor dua dunia memastikan terus mendominasi set pertama 21-15.
Dalam set kedua Wang Yihan mengorak langkah kanan apabila terus berada dihadapan rakan senegara 6-1 sekaligus menekan Li Xearui sehingga membuat kesilapan mudah. Wang Yihan terus selesa meninggalkan Li Xearui 11-3 untuk berehat seketika. Biarpun Li Xearui cuba bangkit selepas rehat tetapi Wang Yihan menafikan dengan permainan pantas dan pukulan kencang hingga menyukarkan rakan senegara. Li Xearui kini menjadi pemain nombor satu dunia merampas daripada Wang Yihan terpaksa akur kepada bekas pemain nombor satu dunia Wang Yihan untuk kejuaraan badminton Asia.
Dalam beregu wanita juga dikuasai dua jaguh tembok besar China Wang Xiaoli-Yu Yang mengenepikan rakan senegara Jin Ma-Jinhua Tang 22-20,14-21,21-15 dalam tiga set sebelum menjadi juara.
Namun begutu,satu-satunya China gagal mempunyai wakil mereka dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia ialah dalam beregu lelaki yang menemukan dua jaguh beregu lelaki daripada Korea Selatan . Beregu utama Korea Selatan Lee Yong Dale-Ko Hyun Song mengatasi rakan senegara Kim Jung Kim-Kim Sa Rang 21-13-22-20.
Malahan beregu campuran Korea Selatan Ko Hyun Sung-Ha Na Kim mengagalkan pesta tembok besar China apabila menumpas beregu campuran Olimpik Zhang Na-Zhao Yunlei 22-20 21-17 untuk merangkul gelaran terakhir Kejohanan Badminton Asia di China-Taipei.
China meraih tiga kejuaraan manakala dua kejuaraan milik jaguh daripada Korea Selatan di Kejohanan Badminton Asia di China-Taipei. Kuasa besar tembok besar China membuktikan mereka terbaik dalam sukan badminton apabila terus mendominasi Kejohanan Badminton Asia dan menonjolkan bakat-bakat baru yang akan terus memastikan China menjadi nombor satu dalam sukan badminton. Bagi Malaysia pula dua pemain perseorangan lelaki Chong Weng Feng dan beregu lelaki V-Shiem-Lim Kim Wah merupakan pemain yang terbaik apabila berjaya ke separuh akhir sebelum tumpas kepada lawan masing-masing.
No comments:
Post a Comment