Monday, 22 April 2013

Jaguh F1: Vettel menakluk GP Bahrain


Juara dunia Sebastian Vettel menakluk kali kedua di litar Bahrain menewaskan dua pemandu Lotus Kimi Raikonnen dan Romain Grojen di tempat kedua dan ketiga.

Biarpun Vettel bermula dipetak kedua dibelakang Nico Roseberg semasa ujian masa semalam tidak menunggu lama merampas petak hadapan apabila berjaya memintas Nico pada pusingan ketiga . Malahan pendahulu seing bertukar beberapa kali apabila pemandu masuk pit-stop untuk menukar tayar tidak menjejaskan rentak Vettel untuk terus mendominasi pemanduan sehingga tamat perlumbaan.

Kemenangan Vettel membolehkan melebar jurang  77 mata  dengan pemandu Lotus Kimi Raikonnen yang mengekori rapat dengan 69 mata di tempat kedua keseluruhan manakala juara GP Shanghai dari Ferari Fernando Alonso terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Nico Rosberg pula hanya menduduki tempat kesembilan daripada
setelah cemerlang pada ujian masa semalam.

No comments:

Post a Comment