
Penyerang sensasi Van Persie watak penting di atas kejayaan MU menewaskan Aston Villa apabila jaringan hatriknya membantu pasukannya merampas kembali gelaran liga kepada jiran mereka Manchester City.
MU telah membuka jaringan pada perlawanan baru dua minit berlangsung melalui penyerang kelahiran Belanda Van Persie yang mudah menewaskan penjaga gol lawan. Van Persie meledak lagi pada minit ke-13 dengan gol kedua sekaligus mengamatkan Old Trafford. Pasukan bimbingan Alex Ferguson seakan tidak berpuas hati dengan dua jaringan dan sekali lagi Van Persie menggegarkan gawang gol Aston Villa selepas hantaran cantik Kanagawa yang disudahi cemerlang oleh bekas bintang Arsenal.
Dengan kejayaan ini Alex Ferguson muncul pengurus terbaik di MU apabila membantu kelab Inggeris menjuarai 49 gelaran liga sepanjang tempoh berkhidmat di kelab Red Devil. MU kini mengumpul 84 mata dan pencabar terdekat mereka Man City sekadar mengumpul 68 mata.
No comments:
Post a Comment