Tuesday, 23 April 2013

Jaguh Terjun : percikan perak dari Pandelela-Mun Yee


Pasangan terjun negara Pandelela - Mun Yee memberi pingat perak kepada pasukan negara di Kejohanan Terjun Siri Dunia di Eindenburg, Scotland.

Gandingan Pandelela Rinong-Lee Mun Yee tewas 322.20 mata gagal mengatasi mata yang dikumpul pasangan dari China Liu Huixia dan Si Yajie  338.64 dalam acara 10 meter platform seirama untuk pingat emas.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong yang baru sahaja dinobatkan olahragawati negara memberi saingan yang sengit kwepada pasangan China sebelum akur kepada kehebatan jaguh terjun China.

Selain kem terjun negara turut gembira apabila gandingan Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong menggondol pingat gangsa dalam acara 3m papal anjal seirama.

No comments:

Post a Comment