Real Madrid kini memberi fokus untuk mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri sepanjang musim ini setelah hampir pasti kehilangan gelaran liga kepada Barcelona yang mendahului mereka dengan 11 mata dengan baki empat perlawanan lagi.
Skuad bimbingan Maurinho bakal menerima kunjungan Malaga pagi ini dengan misi mencari tiga mata penuh sambil mengharapkan Barca tewas dalam beberapa perlawanan untuk membolehkan mereka mengapai juara lal liga kali kedua.
Biarpun khabar angin tentang penghijrahan pengurus Portugal bertiup kencang dikaitkan dengan beberapa kelab ternama belum menemui kata putus sehingga musim ini berakhir tidak lama lagi. Maurinho mahu anak buah terus fokus kepada baki perlawanan yang tinggal dan mengabaikan tentang berita di luar padang.
Malahan Real Madrid masih berpeluang menjulang sekurang-kurang satu piala apabila mereka akan bermain di perlawanan akhir di Piala Copa de Ray menentang jiran mereka Altelico Madrid 17 Mei ini setelah mereka gagal mara ke final piala Juara-Juara tewas tipis kepada kelab dari Jerman Dortmund.
No comments:
Post a Comment