Perjalanan yang panjang di kejohanan tenis terbuka Perancis akhirnya mencapai penamat apabila perlawanan akhir pertama yang menemukan pemain pertama dunia Serena William dan pemain nombor dua dunia yang merupakan juara bertahan tahun lalu Maria Sharapova.
Sharapova terpaksa akur dengan jaguh Amerika Syarikat Serena apabila tumpas straight-set 6-4 6-4 untuk mengakhiri kemarau kejuaraan 11 tahun di gelanggang tanah liat di Perancis sekaligus gelaran grand slam ke-16 pemain berusia 31 tahun .
Biarpun tewas kepada bintang sensasi Amerika Syarikat Sharapova agak berpuas hati dengan pemain di perlawanan akhir apabila berjaya memberi saingan kepada Serena setelah beraksi buruk di separuh akhir ketika menentang bekas pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka apabila melakukan 11 kesalahan servis walaupun melangkah ke perlawanan akhir.
Dalam kategori lelaki bintang Sepanyol Rafael Nadal tidak menghadapi masalah mempertahankan gelaran tahun lalu apabila mudah menumpaskan rakan senegara David Fererer 6-2 6-3 6-3 untuk meraih gelaran grand slam ke-11 sepanjang berkecimpung dalam sukan tersebut.
Nadal ternyata unggul di gelanggang tanah liat setelah terpaksa berhempas pulas menumpaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dalam masa empat jam untuk melangkah ke akhir berjaya mengubati setelah tewas kepada pemain Serbia di perlawanan akhir di Monte Carlo.
No comments:
Post a Comment