Friday, 28 June 2013

R2 Wilbeldon: Azarenka terpaksa melupakan Wilbeldon akibat kecederaan

Bintang Belarus Victoria Azarenka terpaksa menarik diri daripada Wimbeldon akibat kecederaan lutut  yang dialami ketika menumpaskan pemain Amerika Syarikat Koehler 6-2 6-1 sekaligus memberi kemenangan yang percuma kepada bintang Perancis Pennet ke pusingan ketiga.

Azarenka yang mengalami kecederaan apabila tergelincir ketika membuat pukulan servis terpaksa menerima rawatan menyebabkan lututnya terpaksa dibalut masih ingin meneruskan permainan . Pemain nombor dua dunia Azarenka masih mampu menewaskan lawannya biarpun terpaksa menahan kesakitan sepanjang permainan.

Namun begitu, kecederaan yang dialami pemain berusia 23 tahun tidak mampu sembuh dalam masa yang singkat apabila terpaksa menarik diri pada saat terakhir sebelum turun bermain bertemu Pennet.

Selain itu, pemain yang menewaskan Nadal juga terpaksa menarik diri apabila mengalami kecederaan bahu, diikuti Stepanak Radek menarik diri selepas ketinggalan 2-0 kepada lawannya gagal meneruskan perlawanan akibat kecederaan bahu. Bintang utama Perancis Tsonga turut menyenaraikan diri dalam kalangan pemain yang tercedera.

No comments:

Post a Comment