Bintang Poland Agieska Radwaska melangkah ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain nombor enam dunia Li Na dalam tiga set 7-6 6-7 6-2 .
Namun begitu, pemain sensasi Jerman yang menumpaskan pemain nombor satu dunia Serena semalam Sabine Lisicke terlebih dahulu menempah tiket pertama ke separuh akhir menewaskan Ander Seppi 6-3 6-3.
Pada set pertama kemenangan terpaksa ditentukan tie-break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6 dan memihak kepada Radwaska 7-6 untuk mata pertama. Namun begitu, pemain berusia 23 tahun Radwaska gagal meneruskan rentak kemenangan apabila Li Na berjaya bangkit daripada ketinggalan 4-2 sebelum mengikat mata 4-4 sekaligus mendominasi permainan set kedua.
Biarpun Radwaska terpaksa menerima rawatan akibat kecederaan paha tetapi mampu break-point Li Na sekaligus mendahului 2-0. Li Na pula gagal ambil kesempatan dengan keadaan yang dialami oleh pihak lawan sebaliknya membuat kesilapan mudah. Permainan yang menakjubkan daripada Radwaska menghiburkan penonton sebelum memastikan kemenangan setelah tujuh kali peluang terhidang yang akhirnya disudahi dengan pukulan keluar daripada Li Na.
Radwaska bakal berhadapan dengan pemain ranking 23 dunia Lisicke di separuh akhir yang akan diadakan pada hari khamis.
No comments:
Post a Comment