![]() | ||||||||||
Namun begitu pemain pilihan utama kejohanan yang merupakan pemain pertama di dunia terpaksa bergelut untuk ke suku akhir apabila diberi tentangan hebat oleh pemain bukan pilihan dari Sepanyol Pablo Anduyar.
Set pertama Djokovic mudah menang ke atas lawannya 6-0 manakala dalam set ke dua Anduyar telah bangkit memberi tentangan sehingga berjaya membawa Djokovic ke set tie break selepas kedua-dua pemain terikat 6-6 sebelum berjaya menewaskan pemain pilihan utama dengan 6-5 untuk mengheret perlawanan ke set ketiga.
Dalam set ketiga Djokovic telah memperkemas pukulan dan servis ace untuk meranap terus impian Anduyar dengan menang 6-2 untuk ke suku akhir.
![]() |
Roger Federer pilihan ketiga hampir tersingkir apabila dikejutkan dengan kekalahan 3-6 kepada Thomas Belluci dari Brazil pada set pembukaan. Pada set kedua Federer telah bangkit untuk menang ke atas lawannya 6-3 untuk mengheret ke perlawanan ketiga. Pengalaman Roger Federer ternyata banyak membantu menang 6-4 ke atas Thomas melalui pukulan kencang, shot dan servis. Roger Federer akan bertemu pilihan kesembilan kejohanan Juan Martin del Porto dari Argertina.
Namun bagi Rafael Nadal pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah mara ke suku akhir apabila hanya mengambil masa 1 jam 16 minit untuk menang 6-0, 6-2 ke atas lawannya Dolgopolov dari Ukraine.
Pemain pilihan tersungkur
![]() |
Azrenka pemain yang baru menduduki pemain nombor satu dunia tidak berdepan masalah untuk mengenepikan pilihan kelima dunia Radwanska 6-0, 6-2 untuk mara ke suku akhir.
\
No comments:
Post a Comment