Wednesday, 14 March 2012

Jaguh Bola Sepak Kelayakan Olimpik: Harimau Malaya pulang tangan kosong




Harapan skuad bola sepak Malaysia musnah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata ke tanah apabila tewas kepada Syria 3-0 perlawanan yang berlangsung di stadium Raja Abdullah, Amman Jordan.

 Pertaruhan Ong Kim Swee nampak menjadi pada separuh masa pertama apabila skuad negara berjaya mengekang asakan pemain Syria 0-0.

Namun awal masa kedua gawang gol Malaysia akhirnya dibolosi pada minit 47 hasil rembatan cantik pemain Syria daripada kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Malaysia Izan Tarmizi.

Malang turut menimpa skuad Malaysia apabila pemain pertahanan Fadhli Shas  menerima kad merah apabila mengasari pemain Syria memaksa skuad negara bermain 10 orang.

Skuad Syria menggunakan kelebihan pasukannya ke atas Malaysia untuk menambah dua gol lagi pada minit 69' dan 80 . Jaringan tiga gol berkekalan sehingga akhir perlawanan.

Jepun juara kumpulan C dan layak automatik ke sukan olimpik manakala pasukan Syria terpaksa berpuas hati di tempat kedua untuk bersaing sekali lagi dalam play off menentang wakil Afrika untuk merebut tiket ke sukan olimpik.

Malaysia pula tewas dan gagal mengutip mata dalam semua perlawanan. Secara keseluruhannya Malaysia di tempat tercorot dalam kumpulan C menjaringkan tiga gol dan dibolosi 16 gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

Pencapaian skuad bawah 23 tahun negara dalam kelayakan olimpik tiada apa yang membanggakan kerana banyak kelemahan yang harus skuad negara atasi dan pelajari untuk menentang pasukan terbaik di Asia.

No comments:

Post a Comment