Kuasa tembok besar terus mendominasi Kejohanan di Seluruh England apabila meraih empat gelaran juara di kejohanan yang tertua di dunia. Rentak kemenangan pasukan China dimulakan oleh perseorangan wanita yang membuka perlawanan badminton di arena Birmigham apabila kedua-dua perseorangan dari negara China berjaya melangkah ke final selepas menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir. Perlawanan perseorangan wanita menemukan antara Li Xerui merupakan pemain muda dari China menduduki ranking ketujuh dunia dan Wang Yihan pemain nombor satu di dunia. Namun begitu kejutan telah berlaku apabila Li Xerui berjaya menewaskan Wang Yihan pada set pertama 21-13 dan memastikan gelaran pertama di Seluruh England apabila menag 21-19 untuk muncul juara di penampilan pertamanya di kejohanan yang tertua ini. Wang Yihan yang merupakan pilihan pertama dalam kejohanan ini terpaksa akur kepada keghairahan dan semangat tinggi juniornya apabila hanya menjadi naib juara pada tahun ini.
Satu-satunnya wakil dari negara Eropah dalam beregu campuran Thomas Layburn dan Kamilla Ryter Juhl yang tiada wakil daripada negara China. Beregu daripada Indonesia Tantowi Ahmad dan Liyana Nasir yang merupakan pilihan kempat kejohanan berjaya muncul juara selepas menewaskan beregu campuran daripada Denmark yang berada di rangking kelapan di dunia dengan straight set 21-17, 21-19.
Dalam beregu wanita dominasi China memang tidak dapat dinafikan oleh negara-negara lain apabila dua jaguh terbaik di dunia iaitu Xiaoli Wang dan Yang Yu menepati ramalan dengan status nombor satu di dunia menentang jaguh beregu nombor dua di dunia Xian Tian dan Yunlei Zhaoi. rekod pertemuan kedua-dua jaguh beregu dari China ini memihak ke pasangan nombor satu dunia dengan sembilan kemenangan berbalas tiga. Dalam Kejohanan Seluruh England 2012 pasangan nombor dua dunia telah mengejutkan pasangan pilihan dengan menang 21-17, 21-12 ke atas rakan sepasukan.
Perlawanan beregu lelaki juga menemukan pilihan pertama dan kedua di dunia antara Cai Yun dan Fu Haifeng dengan Lee Yong Dale dan Jae Song Jung. Perlawanan kedua-dua beregu terbaik di dunia ini antara yang mengkagumkan semua peminat badminton dengan ketangkasan, kelajuan servis dan pertahanan yang mantap ditunjukkan kedua-dua beregu sehingga memaksa permainan dilanjutkan ke permainan ketiga setelah set pertama dimenangi pasangan China 21-23 tetapi beregu korea menebus kembali kehampaan mereka apabila menang mudah set kedua 21-9 untuk membawa permainan ke set ketiga. Jaguh beregu korea tidak ulangi kesilapan set pertama apabila jauh meninggalkan beregu China 11-4 sebelum rehat dan memastikan kemenangan milik mereka dengan 21-14 untuk muncul juara kali kedua di Kejohanan di Seluruh Englandn 2012.
No comments:
Post a Comment