Friday, 16 March 2012

Jaguh badminton Grand Print Emas Terbuka Switzeland : Gara-gara menunggu Zulfadli tewas






 Jaguh Remaja Dunia Zulfadli Zulkifli tewas pemain kurang ternama Bulgaria Sti-lian Makarski 22-20, 20-22 dan 17-20 pada pusingan kedua di Kejohanan Badminton Grand Print Emas Terbuka Switzeland awal pagi semalam.

Kekalahan mengejut jaguh muda negara ini gara-gara menunggu lama disebabkan perlawanan tertunda selama empat jam sebelum pada 11.30 malam pemain di minta turun ke gelanggang. Zulfadli terlebih dahulu turun seawal 6.30 petang kerana dijadual bermain pada pukul 8.05 malam ( waktu Switzeland)  ke gelanggang sebelum dimaklumkan masalah tersebut secara langsung membantut persiapan pemain negara ke atas lawannya.

Zulfadli akan bersaing bersama pemain lain dalam merebut tempat dalam pasukan Piala Thomas menerima sedikit tempias akibat kekalahan awalnya pada Terbuka Switzeland.

Pemain-pemain negara lain yang berjaya ke pusingan ketiga Terbuka Switzeland ialah Liew Daren yang kini mendaki tangga ke-37 dalam ranking dunia yang baru  berjaya menewaskan pemain dari Taiwan Hsu Jen Hao 21-19, 21-8. Liew Daren meneruskan langkah cemerlang dalam kejohanan ini selepas membuktikan dalam Kejohanan Seluruh England layak ke suku akhir sebelum tumpas kepada jaguh Korea Selatan Lee Hyun II.

Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Teo Kok Siang mudah mengalahkan pemain nombor 17 dunia Ingo Kindervater - Johannes Schoettler dari Jerman 21-16- 21-17. Pada pusingan ketiga beregu negara akan bertemu pilihan kelima dari China Chai Biao- Guo- Zhendong.






No comments:

Post a Comment