Friday, 23 March 2012

Jaguh Badminton Kejohanan Axiata : Harimau bintang terkam Singa



 Harimau bintang terkam Singa apabila Malaysia junior mewakili Leopark menang ke atas Singapura 3-0 pada perlawanan perbukaan Kejohanan Axiata yang berlangsung di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Namun begitu barisan muda negara tidak  menang mudah ke atas pasukan Singapura apabila terpaksa bermain tiga set dalam semua permainan sebelum menjinakan Sang Singa.

Ramdan Misbun diberi tugas untuk perseorangan pertama negara dalam perlawanan pembukaan tidak mengecewakan apabila memberi mata pertama Malaysia setelah  menang  22-20, 21-17, 21-19 ke atas Gostana dari Singapura.

Kemenangan tersebut telah menyuntik semangat kepada beregu negara apabila turun menentang beregu Singapura. Beregu negara terpaksa berhempas-pulas untuk menang ke atas beregu kedua Singapura. Beregu negara menang pada set pertama tetapi tewas  pada set kedua  sebelum bangkit kembali 21-15, 17-21  21-18 untuk memberi mata kedua negara.

Kapten junior Malaysia , Zulfadli Zulkifli  bermain sebagai perseorangan ketiga hanya untuk mengesahkan kemenangan pasukan negara setelah mendahului 2-0 ke atas Singapura.  Namun Zulfadli mengejutkan pasukan Malaysia apabila tewas mudah set pertama kepada Huang Qio sebelum bangkit dua perlawanan berikutnya untuk kemenangan bergaya pasukan Malaysia 17-21, 21-16 21-18.

Walaupun pasukan junior negara mencatatkan kemenangan  ke atas Singapura, Pasukan remaja negara masih perlu memperbaiki banyak kelemahan sekirannya ingin pergi jauh dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan pertama jelas kelemahan mental pemain remaja yang turut dihadapi pasukan utama Malaysia. Setiap pemain negara mampu bermain dengan baik pada awal permainan tetapi hilang fokus pada saat perlawanan hampir tamat yang menyumbang kepada kekalahan pasukan.

Pasukan Malaysia junior akan menentang pasukan Vietnam pada perlawanan kedua esok. Perlawanan Malaysia dan Vietnam esok dijangka sengit untuk kedua-dua pasukan . Bagi Malaysia menang dengan Vietnam akan memberi moral yang tinggi kepada pemain-pemain negara untuk menentang pasukan Indonesia. Manakala Vietnam pula menang ke atas Malaysia akan menghidupkan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Axiata.

Namun begitu, cabaran sebenar barisan pelapis negara ialah apabila berhadapan dengan pasukan tuan rumah Indonesia Garuda pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Pasukan Malaysia bukan sahaja akan berhadapan dengan pemain indonesia sahaja dalam perlawanan tersebut tetapi penyokong tuan rumah yang akan memenuhi stadium keramat mereka Gelora Bong Karno. Pasukan Garuda senior tuan rumah ini merupakan barisan terkuat Indonesia dalam kejohanan ini yang diketuai oleh pemenang pingat emas olimpik 2004, Taufik Hidayat.

Bagi penulis pasukan muda negara mampu memberi tentangan kepada Indonesia sekirannya mental pemain-pemain negara mampu menyerap tekanan dalam perlawanan tersebut. Malaysia mampu mencuri sekurang-kurangan satu mata dalam perlawanan dengan Garuda melalui pemain perseorangan negara.

Pasukan Senior negara yang mewakili Tiger dalam kumpulan B akan bertemu dengan Filipina pada perlawanan pertama pada malam ini yang berlangsung di Kuala Lumpur dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan pasukan Filipina.

No comments:

Post a Comment