Thursday, 22 March 2012
Jaguh Badminton : Lee Chong Wei menarik diri menyertai Kejohanan Axita
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak akan bertanding dalam Kejohanan Axiata yang akan bermula pada esok di Malaysia dan Jakarta.
Lee Chong Wei telah membuat keputusan untuk menarik diri bertanding dalam kejohanan termahal dalam sukan badminton agar kecederaannya tidak bertambah parah sehingga laporan kesihatannya mengesahkan jaguh negara ini boleh bermain semula.
Pemain kelahiran Pulau Pinang sebelum ini dijadualkan akan tersenarai dalam Kejohanan Axita oleh Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) walaupun jaguh negara masih belum pulih kecederaaan bahu semenjak menarik diri dalam Kejohanan Seluruh England baru-baru ini.
Semalam Lee Chong Wei menjalani pemeriksaan kecederaan bahu di hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui tahap kesihatannya. Jaguh negara mulai rasa kesakitan apabila bermain dengan jaguh perseorangan Korea Selatan Lee Hyun II di separuh akhir dan bertambah teruk apabila menentang musuh utamannya Lin Dan di perlawanan akhir di Kejohanan Seluruh England.
Kejohanan Axiata menawarkan RM3 juta yang termahal dalam sukan badminton. Namun kejohanan ini melibatkan pasukan Asia Tenggara sahaja seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dll. Dalam kejohanan ini setiap pasukan akan menghantar dua pasukan untuk mewakili negara masing-masing yang terdiri pemain senior dan junior.
Dalam Kejohanan Axiata Hafiz Hashim dijangka mengetuai pasukan Tiger dan juara dunia junior Zulfadli Zulkifli diberi tanggungjawab mengalas sebagai ketua untuk pasukan Leopark.
Bagi penulis keputusan jaguh negara adalah tepat untuk tidak mengambil bahagian dalam kejohanan yang terdekat agar kecederaan tidak parah walaupun beliau masih lagi boleh bermain badminton. Bagi peminat badminton jangan kecewa dengan keputusan Lee Chong Wei, ingat misi utama negara ialah Kejohanan Sukan Olimpik 2012 untuk merangkul emas pertama negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment