Monday, 19 March 2012
Jaguh Formula One 2012 : J. Button juara
Pelumba Mclaren Jenson Bunton muncul juara sulung perlumbaan Formula One di Melbourbe Australia dengan catatan masa terpantas 1jam 34 minit :09.565 saat.
Litar Melbourne ternyata memberi tuah kepada J. Button apabila muncul juara kali ketiga selepas melakukannya pada 2009 dan 2010. Bekas jaguh dunia 2009 mencatatkan kejuaraan yang ke-13 sepanjang kariernya dalam pelumbaan Formula One.
Juara dunia tahun lalu Sebastian Vettel di tempat ketiga selepas menduduki tempat ke-6 dalam catatan masa semalam berjaya menebusi kesilapanya dengan menaiki podium pada hari ini manakala pelumba utama Mclaren Hamilton yang meraih tempat pertama gagal meneruskan kecemerlangan dalam perlumbaan Formula One pada hari apabila sekadar di tempat ketiga.
Namun begitu, litar Melbourne yang menjadi acara pembukaan perlumbaan Formula One tidak gembira bagi beberapa pasukan gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah teknikal yang dihadapi jentera mereka. Pelumbaan F1 masih jauh dan mampukah pasukan Ferarri, Mclaren dan Redbull bersaing dari segi pengeluar ?
Bagi peminat F1 jangan lupa beli tiket awal untuk melihat lebih dekat jaguh-jaguh F1 beraksi di litar Sepang destinasi kedua selepas Melbourne.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment