Roger Federer ternyata unggul dengan pukulan kencang apabila menewaskan Isner 7-6, 6-4 di perlawanan akhir untuk muncul juara di Kejohanan Tenis Indian Wells semalam.
Pemain no 2 dunia ini terlebih dahulu dipaksa berkerja keras sehingga ke tie-break oleh pemain Amerika Syarikat ini sebelum menang 7-6 pada set kedua.
Hujan renyai-renyai pada awal perlawanan menjejaskan sedikit rentak pemain apabila perlawanan terpaksa dihentikan untuk menunggu hujan reda. Penulis tabik kepada penyokong kedua-dua pemain sanggup berhujan dan tidak berganjak dari tempat duduk demi melihat pemain kesayangan mereka beraksi dalam perlawanan akhir.
Pada set kedua Roger Federer menafikan kebangkitan Isner apabila menang mudah 6-4 untuk melakar kejuaraan ketiga pada tahun ini.Pemain Switzeland ini masih segar dengan kejuaraan yang diraih di Kejohanan Abu Dhabi membuktikan sebagai jaguh tenis terhebat dengan tiga gelaran utama berjaya dijulang pada tahun ini.
Bagi John Isner mengejutkan pilihan pertama dunia Novak Djokovic di separuh akhir merupakan kejayaan terbesar yang dilakar oleh pemain Amerika Syarikat ini. Pemain no 11 dunia ini akan berada dalam kelompok 10 ke atas dalam ranking terbaru tenis setelah cemerlang dalam Kejohanan Tenis India Wells.
Tarian Kejuaraan Azarenka
Victoria Azarenka menang bergaya ke atas musuh ketatnya Maria Sharapova di perlawanan akhir 6-2, 6-4 untuk menjulang kejuaraan di Kejohanan Tenis Indian Wells.
Azarenka meraikan kejayaan dengan cara tersendiri apabila menari di gelanggang tenis setelah menewaskan Maria Sharapova apabila tamat perlawanan. Azarenka melebarkan 23-0 rekod kemenangan pada tahun in 2012 tanpa kekalahan.
Pukulan kencang yang dipamerkan oleh pemain pertama dunia ini menjadi pemusnah kepada Sharapova pada set pertama apabila mudah menang 6-2.
Ratu Russia cuba bangkit pada masa kedua namun pukulan dan kesilapan sendiri memberi mata mudah kepada Azarenka apabila terpaksa akur dengan kehebatan lawannya apabila tewas 4-6. Sharopova tidak berjaya membalas dendam kekalahan kepada Azarenka di Grand Slam Australia apabila tewas kali kedua kepada pemain yang sama.
No comments:
Post a Comment