Menang! misi hidup mati skuad hoki negara ke atas Ireland untuk melayakan diri ke slot sukan olimpik akan ditentukan malam ini.
Pasukan Hoki negara yang cemerlang di kelayakan hoki olimpik pada tiga perlawanan awal apabila menang dengan jaring besar ke atas negara Russia, Ukraine dan Bulgaria ternyata tidak mampu mengekang asakan pasukan korea apabila tewas 2-3 di pusingan ketiga.
Pada pertemuan dengan Korea, skuad telah bekerja keras untuk menang pada malam itu namun tiga minit terakhir telah memusnahkan harapan pasukan negara apabila pasukan Korea Selatan menerima pukulan penalti dan berjaya menjaringkan gol untuk menang ke atas Malaysia.
Skuad Malaysia mesti menang dengan Ireland walaupun rekod pertemuan dengan pasukan tuan rumah tidak baik sebelum ini, sedangkan pasukan Ireland hanya perlu seri sahaja dengan Malaysia untuk layak automatik ke London.
Jurulatih Tang Beng Hai bersama pasukannya optimis Malaysia mampu menang ke atas pasukan Irelan. Penulis bersama rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan Malaysia agar mampu sekali lagi ke sukan Olimpik selepas kali terakhir skuad hoki negara ke Olimpik pada tahun 2000.
No comments:
Post a Comment