Real Madrid menumpaskan Real Sporting 3-0 dalam perlawanan yang begitu tegang pagi tadi yang berlangsung di stadium keramat Real Madrid.
kemenangan yang dicatatkan pasukan bimbingan Maurichio begitu penting untuk terus meneraju takhta liga Sepanyol yang kini semakin dihampiri musuh ketatnya Barcelona.
Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal dalam memperolehi gol awal sehingga menunggu minit 74 bintang sensasi Real Madrid akhirnya menemui sentuhan pemusnah apabila menjaringkan gol menerusi tandukan menewaskan penjaga gol lawan.
Karim Benzema pula terus mempamerkan kehebatanya apabila dengan mudah menewaskan penjaga gol Real Sporting melalui rembatan kencang untuk mengukuhkan kedudukan Real Madrid.
Real Sporting pula berjaya membolosi kekebalan Iker Casillas apabila sepakan yang cantik dari kotak penalti untuk merapat jaringan dengan pasukan tuan rumah.
Namun begitu sisa-sisa perjuangan Real Sporting berkecai apabila Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol untuk memastikan Real Madrid menang selesa.
Barcelona yang bermain kemudian selepas Real Madrid turut mencipta kemenangan ke atas Levate 2-1 untuk turut mengekori Real Madrid.
No comments:
Post a Comment