Pertembungan klasik antara Real Madrid dan Barcelona malam ini akan menjanjikan pertembungan yang menarik dalam merebut Kejohanan La Liga yang berbaki beberapa perlawanan lagi.
Pada kini Real Madrid masih menguasai takhta La Liga dengan perbezaan empat mata dengan Barcelona. Kini peluang untuk pasukan bimbingan Pep Guardioli untuk mengejar Real Madrid andai berjaya menewaskan lawannya dalam perlawanan pagi ini.
Malahan perlawnan malam ini juga akan menyaksikan pertembungan penyerang terbaik dunia masa kini Messi dan Cristiano Ronaldo yang masing-masing mencatatkan penjaring terbanyak untuk kedua-dua pasukan.uk pasukan
Kedua-dua penyerang mempunyai misi peribadi dalam melebarkan rekod jaring masing-masing dalam La Liga dan memastikan kemenangan untuk pasukan mereka.
Pertemuan yang terakhir kedua-dua pasukan ialah semasa Piala Liga Sepanyol Barcelona berjaya mengatasi Real Madrid 4-3.
Selain itu percaturan kedua-dua jurulatih juga akan menentukan corak perledawanan pemainnya di atas padang. Segalanya akan terjawab dalam 90 minit perlawanan pasukan mana yang lebih layak menang dalam pertembungan klasik tersebut.
No comments:
Post a Comment