Monday, 6 August 2012

SUKAN OLIMPIK: Dominasi China dalam Badminton sukar digugat.


Tembok besar China ternyata sukar digugat oleh mana-mana negara lain dalam acara badminton apabila mereka menyapu bersih semua pingat emas dalam acara badminton di sukan olimpik di London.

Jaguh perseorangan China Lin Dan membuktikan dia yang terbaik apabila berjaya mempertahankan pingat emas yang di menangi di bumi mereka sendiri empat tahun  lepas dengan menewaskan lawan yang sama dari Malaysia Lee Chong Wei 19-15 21-1621-19.

Super Dan merupakan jaguh badminton yang terbaik pada abad ini yang pernah dilahirkan oleh negara China apabila beliau memperolehi semua gelaran dalam dunia badminton. Malahan Lin Dan juga terkenal dengan gaya  tabik hormat setiap kali dia berjaya menewaskan lawannya.

Walau bagaimanapun jaguh China ini terpaksa berhempas-pulas untuk menggondol pingat emas kali ini apabila mendapat tentang sengit dari jaguh Malaysia Lee Chong Wei sehingga ke pusingan penentuan.

Dalam acara perseorangan perempuan pula pertemukan dua puteri dari China di perlawanan akhir antara Wang Yihan pemain nombor satu dunia dan Li Xerui nombor tiga dunia. Namun begitu, kejutan berlaku apabila Li Xerui berjaya menewaskan rakan senegara Wang Yihan yang merupakan juara bertahan empat tahun lepas dunia untuk mengondol pingat emas. Jaguh India Saina Nehwal pingat gangsa selepas mendapat kemenangan percuma apabila Wang Sixian terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Dalam acara beregu lelaki juara bertahan empat tahun lepas Fu Haifeng-Cai Yun sukar digugat oleh  setelah menewaskan  pasangan beregu dari Denmark 21-12-21-17 untuk menggondol pingat emas manakala beregu Korea Selatan Lee Yong Dale-Jae Saeong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.. Bagi acara beregu wanita jaguh beregu China berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mengekalkan pingat emas mengalahkan beregu dari Jepun 21-12 23-21.

Malam gemilang China diteruskan lagi apabila beregu campuran mempertemuan dua jaguh beregu campuran dari negara tembok besar China. Beregu Zha Laoi- Zheng berjaya mengalahkan rakan senegara untuk pingat emas. Beregu China dapat kembali pingat emas dalam acara beregu campuran apabila terlepas pingat emas empat tahun lepas.

No comments:

Post a Comment