Victoria Azarenka menebus kekalahan dalam acara perseorangan tenis apabila menang pingat emas dalam beregu campuran berpasangan dengan Miliev sebelum ini hanya berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas di separuh akhir kepada bintang Amerika Syarikat Serena Williams.
Walau bagaimanapun beregu dari Belarus dikejutkan oleh beregu tuan rumah Great Britain Laura Bronson-Andy Murray dalam set pertama 1-6 sebelum bangkit dalam set kedua 6-4 untuk mengheret ke pusingan penentuan.
Beregu Belarus bermula baik dalam set penentuan namun sokongan padu dari pasukan tuan rumah telah mengembalikan semula semangat beregu campuran Britain sehingga berjaya mengikat mata.Victoria Azarenka memastikan pingat emas tidak terlepas lagi dari gengamannya apabila pukulan kencangnya berjaya memberi Belarus pingat emas.
Dalam perseorangan lelaki tenis Andy Murray lebih bersedia kali ini untuk berdepan dengan Roger Federer apabila menumpaskan pemain nombor satu dunia 6-1 6-3 6-5 untuk memperolehi pingat emas untuk Great Britain. Del Porto dari Argentina pingat gangsa selepas mengejutkan bekas pemain nombor satu Novak Djokovic dari Serbia.
Bagi acara beregu wanita pula pasangan Williams menggondol pingat emas selepas mudah menewaskan beregu dari Republik Che 6-3 -6-4 pingat gangsa milik beregu Russia. Dalam acara beregu lelaki Amerika Syarikat membuktikan mereka terbaik apabila berjaya menggondol pingat emas apabila mengalah beregu dari Perancis. Kemenangan tersebut memperlihatkan dominasi Amerika Syarikat apabila menang tiga pingat emas dalam lima acara di sukan olimpik kali ini.
No comments:
Post a Comment