Monday, 6 August 2012

SUKAN OLIMPIK LONDON: pasukan China mengekalkan pingat emas


  
                                             

Pasukan gimnas lelaki China berjaya mempertahankan pingat emas yang diperolehi mereka empat tahun lalu di Beijing selepas mengalahkan negara-negara lain. Dalam temasya kali ini berlaku kontrovensi apabila pasukan gimnas Jepun membuat bantahan apabila gimnas terakhir mereka tidak dikira mata menyebabkan pasukan jepun berada di tempat keempat. Bantahan pasukan gimnas Jepun membuahkan hasil apabila pihak juri akhirnya memutuskan untuk mengira markah gimnas terakhir membolehkan negara matahari terbit membawa pulang pingat perak terpaksa menolak pasukan gimnas tuan Great Britain untuk pingat gangsa.

Malahan pertama kali juga gimnas dari Amerika Syarikat gagal membawa pulang sebarang pingat emas dalam acara gimnastik sejak sukan olimpik di pertandingan apabila terpaksa berpuas hati di tempat keenam.

Dalam gimnastik wanita Amerika Syarikat berjaya merampas kembali pingat emas dari tangan pasukan China empat tahun lalu di Beijing. Pasukan Romania memperoleh pingat perak dan gangsa Russia. Pasukan gimnastik China terpaksa berpuas hati di tempat keempat dalam sukan olimpik kali ini.

No comments:

Post a Comment