Monday, 6 August 2012

SUKAN OLIMPIK: Sejarah empat tahun lalu berulang lagi

 Jaguh pecut negara Azizulhasni awang seakan mengulangi kayuhan empat tahun lagi di Beijing China apabila hanya mampu ke suku akhir tetapi gagal menempatkan diri ke separuh akhir apabila gagal dalam dua pusingan dengan pelumba tuan rumah Dennis Jensson.

 Kegagalan  Azizulhasni dalam acara lumba pecut pasti mengecewakan semua peminat negara yang mengharapkan jaguh lumba negara akan membawa sebutir pingat apatah lagi harapan untuk meraih pingat emas pertama negara dalam sukan badminton gagal apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada jaguh China Lin Dan.

Rakyat Malaysia jangan risau Azizulhasni masih berpeluang memenangi pingat apabila akan turun untuk acara kegemarannya keirin. Dalam acara keirin merupakan sasaran utama Azizulhasni untuk memperoleh pingat berbanding lumba pecut.

Namun begitu, hasrat  Azizulhasni untuk memperoleh pingat pasti mempunyai ranjau berduri apabila jaguh tuan rumah Chris Loy merupakan pilihan pertama di sukan olimpik kali ini akan berusaha untuk mengagalkan impian jaguh lumba basikal negara.

Namun kita jangan berputus asa dahulu peluang tetap kepada Azizulhasni Awang. Penulis dan seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan semoga Azizulhasni Awang akan dapat menamatkan kemarau membawa pulang pingat ke tanah air.

No comments:

Post a Comment