Tuesday, 7 August 2012
SUKAN OLIMPIK : Jepun bertemu USA di perlawanan akhir bola sepak wanita untuk merebut pingat emas
Juara Piala Dunia tahun lalu Jepun membuktikan mereka berada dalam prestasi terbaik untuk merampas pingat emas daripada Amerika Syarikat setelah menewaskan Perancis 2-1 dalam pertarungan yang sengit pagi tadi.
Jepun terlebih dahulu membuka jaringan apabila Ayumi mudah merembat ke arah gol menewaskan penjaga gol Perancis sehingga masa pertama tamat. Dalam separuh masa kedua pasukan Jepun meningkatkan asakan ke kubu lawan hingga membuahkan hasil apabila tandukan Animoto tidak dapat diselamatkan penjaga gol lawan untuk Jepun selesa dihadapan dengan 2-0.
Terserentak dengan jaringan kedua Jepun Perancis pantas mengubah corak permainan dan terus mengasak ke kubu Jepun dan hasilnya pemain gantian Samanta berjaya memperoleh gol awal melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol Jepun.
Selepas jaringan tersebut pasukan Perancis seakan mendapat semangat baru apabila mereka terus mengasak kubu pertahanan Jepun sehingga penjaring gol pertama Jepun terpaksa melakukan kesilapan apabila menolak pemain perancis dalam kotak penalti untuk Perancis mendapat penalti.
Namun begitu. kapten Perancis mengecewakan pasukannya apabila gagal membuat jaringan setelah sepakannya tersasar dari gawang melegakan pasukan Jepun. Gol berkenaan kekal sehingga tamat permainan untuk Jepun layak ke perlawanan akhir.
Slot terakhir yang menjadi rebutan antara Amerika Syarikat selaku juara bertahan dengan Kanada. Pemenang pingat emas empat tahun lalu di Beijing yang merupakan ranking pertama dunia berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah Alex Morgan muncul wira USA setelah tandukan cantik pada masa tambahan berjaya menewaskan Kanada 4-3 untuk bertemu dengan pasukan Jepun yang mengecewakan mereka di Piala Dunia tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment