
Impian Jaguh memanah negara Khairul Anuar untuk mencipta sejarah pemanah pertama negara yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pemanah dari Jepun 2-6. Pemanah negara gugup dalam membuat panahan di suku akhir menyebabkan beliau tewas kepada lawannya dari Jepun.
Sebelum itu jaguh Terengganu ini cemerlang menewaskan rakan senegara dalam pusingan kedua Chen Chu Shiang 7-6 untuk ke peringkat ketiga. Khairul Anuar membuktikan beliau merupakan pemanah terbaik negara pada masa kini apabila berjaya menewaskan pemanah dari China 9-8 untuk ke suku akhir mengikut jejak langkah pemanah senior Chen Chuan Shiang empat tahun lepas. Dalam sukan olimpik ini Khairul Anuar Mohammad membuat penampilan pertama.
Korea Selatan ternyata unggul dalam memanah apabila berjaya merangkul tiga pingat emas daripada empat acara dalam sukan olimpik kali ini. Pemanah lelaki Korea Selatan Ki Boem berjaya menebus kekalahan dalam acara berpasukan lelaki apabila merangkul pingat emas setelah menewaskan pemanah dari Jepun. -Dalam acara berpasukan lelaki Perancis berjaya mengejutkan pilihan pertama dunia Amerika Syarikat apabila berjaya memperoleh pingat emas. Namun begitu kemenangan hanya dapat ditentukan dengan panahan terakhir apabila kedua-dua pasukan terikat 6-6. Pemanah terakhir Perancis ternyata dekat dengan tanda X untuk membolehkan mereka membawa pulang pingat emas, perak pasukan Amerika Syarikat manakala Korea Selatan gangsa.
No comments:
Post a Comment