Saturday, 4 August 2012

SUKAN OLIMPIK : Serena memperoleh pingat emas dalam tenis wanita

 


Jaguh tenis wanita Amerika Syarikat Serena William ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan wakil Russia yang juga pilihan ketiga dunia Maria Sharapova 6-0 6-2 di perlawanan akhir tenis di sukan olimpik untuk merangkul pingat emas.

Sebelum itu pemain nombor satu dunia yang merupakan pilihan pertama wanita tenis di sukan olimpik Victoria Azrenka dari Belarus memperoleh pingat gangsa selepas berjaya menewaskan Maria Kalinkeu dari Rusia 6-3 6-4. Azrenka terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tersungkur di peringkat separuh akhir kepada jaguh Amerika Syarikat 6-3 6-4.

Gelanggang Webley ternyata memberi tuah kepada Serena William apabila baru-baru ini beliau berjaya menjadi juara dalam kejohanan Wilbeldon dan sekali lagi diangkat menjadi juara dalam sukan olimpik apabila berjaya memperoleh pingat emas untuk Amerika Syarikat.

Perlawanan yang dijangka sengit untuk memperoleh pingat emas oleh peminat tenis indah khabar dari rupa apabila Jaguh Amerika Serena William dengan mudah menewaskan Maria Sharapova di perlawanan akhir dan hanya memberi dua set kepada jaguh Russia.


No comments:

Post a Comment