Sunday, 3 February 2013

BOLA SEPAK: Harimau Muda ditewaskan pertama kali di Australia






Harimau Muda Malaya yang menang bergaya dalam dua siri persahabatan di Australia terpaksa akur tewas pertama kali 1-2 kepada kelab Liga Perdana Australia (APL), Brisbane Olimpik pada perlawanan ketiga di Goodwin Park Brisbane .

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee telah dikejutkan dengan dua jaringan awal minit 19 dan 39 sebelum Ferris Danial Mat Nasir merapatkan jaringan pada minit ke-88.

Jelajah ke Australia merupakan persiapan skuad bawah 23 tahun untuk mempertahankan pingat emas bola sepak di sukan  Sea di Myammar pada penghujung tahun ini.

Dalam dua perlawanan awal Harimau Malaya mencatat kemenangan dengan dua pasukan APL iaitu Palm Beach 5-1 seterusnya menang tipis ke atas Brisbane Lion FC 2-1. Aksi persahabatan ini akan berakhir pada 5 Februari apabila Harimau Muda dijangka menentang juara Liga Perdana Australia Brisbane Roar pada musim 2011/2012.

Selepas berakhirnya siri persahabatan di Australia, Harimau Muda A dijangka akan berlatih lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos.
 



No comments:

Post a Comment