Sunday, 3 February 2013
BOLA SEPAK: Nazmi menamatkan kontrak dengan Beira Mar
Penyerang muda negara Nazmi Faiz Mansoor kini telah sah menamatkan kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal Divisyen 1, SC Beira-Mar merungkap segala teka-teki kepulangannya ke tanah air semalam.
Nazmi Faiz sendiri mengesahkan tidak akan kembali semula ke Portugal ketika menandatangani kontrak dengan Presiden PKNS Selangor, Noor Hisham Mohd Gouth dalam majlis penyerahan jersi 33 yang akan dipakai bekas pemain Harimau Muda bawah 23 tahun.
Nazmi Faiz merupakan pemain pertama yang berjaya menembusi pasaran Eropah apabila menandatangani kontrak dengan kelab Portugal Divisyen 1, SC Beira Mar pada bulan Mei tahun lepas.
Nazmi Faiz hanya lapan bulan bermain bola sepak di Portugal sebelum membuat keputusan kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam Liga Malaysia mewakili kelab PKNS, Selangor
Penyerang berusia 18 ini membuat keputusan dengan berbincang dengan ejennya dari Portugal, Marco Guimaraes dan ibu bapanya untuk menamatkan kontraknya dan segalannya dipersetujui bersama dengan kelab tersebut.
Bagi, Jaguh dan peminat bola sepak tanah air pasti terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Nazmi Faiz untuk meninggalkan kelab SC Beira-Mar kerana peluang untuk berkelana dalam menimba ilmu bola sepak di luar negara terutamannya Eropah bukan senang namun kita seharusnnya menghormati keputusan penyerang muda ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment