Pelumba Blanco Thomas Bleezer melintasi garisan penamat secara berseorangan dengan bergaya pada peringkat terpanjang Le Tour de Langkawi pada pada ini dengan masa 4 jam 33 minit 22s meninggalkan pelumba Korea mewakili pasukan KSP, Ji Ming Jung dan ketiga Michael Golas pelumba OCQ.
Pada peringkat keenam yang terpanjang pada edisi 2013 kepada pelumba-pelumba dengan jarak 217.5km. Dua pelumba Malaysia Harrif Salleh dari TSG dan Anuar Manan mewakili pasukan BAKU merupakan pelumba Malaysia yang terbaik apabila menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh yang menamatkan pelumbaan pada kali ini. Malahan kedua pelumba juga berjaya mengutip mata di zon pecutan pertama di Jerantut yang dimenangi Anuar Manan dan kedua Harrif Salleh.
Dari segi jersi keseluruhan tidak banyak perubahan pelumba apabila jersi kuning yang di taja oleh kerajaan Terengganu masih lagi milik pelumba Nippo de Rossa Julian Arrendondo, jersi biru untuk pecut masih dikekalkan oleh Andrea Guardini dari pasukan Astana manakala jersi merah pendakian dan Asia Malaysia Airline berjaya dikekalkan oleh pelumba Heangxiang, Wang Meiyin.
No comments:
Post a Comment