Tuesday, 26 February 2013

Jaguh Le Tour de Langkawi: Julian menakluk Genting Highland

Pelumba Colombia Julian M. Arredondo yang mewakili pasukan Nippo de Rossa berjaya menakluki Genting Highland dengan bergaya apabila melintasi garisan penamat di puncak berseorangan dengan masa 3 jam 11 minit 4 saat meninggalkan pelumba Orica Greendege Pieter Weening di tempat kedua 26 saat dan tempat ketiga diperolehi pelumba RTS Racing, Victor Nino Corredor.

Manakala pemegang jersi kuning pula, Wang Meiyin sekadar di tempat ke-20 dengan masa 3 jam 16 minit ketinggalan 5 minit 13 saat kepada Julian menyebabkan beliau kehilangan jersi kuning dan jersi pendakian kepada pelumba Colombia.

Bagi pelumba Malaysia, Adiq Hussaini pelumba mewakili pasukan Pro Champion System muncul pelumba terbaik Malaysia yang berjaya mencecah puncak genting menduduki tempat ke-32 diikuti dua pelumba TSG  Mat Saufi Mat Senan dan  Md Shahrul Mat Amin tempat kedua dan ketiga. Kapten pasukan Malaysia berjaya menduduki tempat keempat tempat terbaik dengan masa 3 jam 23 minit.

Destinasi yang mencabar dalam Le Tour de Langkawi bermula dengan landai dari Shah Alam , pelumba T.Meyer dari pasukan OCE mengungguli satu zon pendakian dan dua zon pecutan pada peringkat kelima bermula di Bukit Cerakat sehingga zon pecutan terakhir di Gombak untuk mengumpul 19 mata.

Zon pendakian pertama dan zon pecutan kedua Anuar Manan terpaksa berpuas hati di tempat kedua untuk mengumpul lima mata manakala seorang lagi pelumba Malaysia yang mewakili TSG, Harrif Salleh menduduki tempat ketiga mengumpul empat mata.

Manakala di zon pecutan terakhir Gombak tempat kedua dimiliki pelumba Astana Andrea Guardini dengan tiga mata dan ketiga pelumba Belanda Theo Bos

Pada peringkat kelima, perubahan jersi kuning dan pendaki menjadi milik Julian M.Arrendondo, jersi biru Proton masih lagi dipakai oleh Andrea Guardini dari Astana dan Wang Meiyin terpaksa berpuas hati dengan jersi Asia Malaysia Airline selepas kehilangan kepada pelumba Colombia.

No comments:

Post a Comment